Tuesday, November 23, 2010

Skuad takraw hampir terkorban


PEMAIN China, Wang Jian (kiri) cuba menghalang libasan Futra Abd. Ghani pada aksi pembukaan acara sepak takraw semalam.


SKUAD sepak takraw negara hampir menjadi 'korban' pada aksi sulung acara berpasukan bagi Kumpulan A menentang China semalam apabila jawatankuasa penganjur meletakkan pengadil tuan rumah bagi mengendalikan perlawanan tersebut.

Namun, setelah bantahan dibuat dan mengakibatkan perlawanan tertangguh selama hampir 50 minit, barulah bari- san pegawai perlawanan ditukar dengan pengadil dari Indo- nesia, Singapura dan Jepun dipilih untuk mengendalikan perlawanan.

Malaysia akhirnya berjaya menewaskan China 2-1 biarpun regu kedua negara tewas pada permainan tiga set.
Regu pertama yang dianggo- tai Azman Abdul Hamid, Shahruddin Ghani dan Farhan Adan berjaya menewaskan regu pertama China 21-11, 21-5 dalam masa 50 minit.

Namun, regu kedua negara yang dibarisi Syazwan Husin, Futra Abd. Ghani dan Ariff Ramli tewas 21-23, 21-17, 14-16 kepada regu kedua China dalam masa 55 minit.
Mujur regu ketiga negara yang menampilkan Sufi Ha- shim, Azman Nasruddin dan Zulkarnain Arif tenang mengawal tekanan apabila berjaya menewaskan regu ketiga China 21-19, 21-18 dalam aksi sengit selama 50 minit.

Pengurus pasukan, Datuk Awang Sham Amit bagaimana- pun mahu menjadikan kekala- han regu kedua negara itu sebagai pengajaran berguna sebelum mereka turun bertemu Jepun hari ini dan India esok.
"Ketika regu kedua kita beraksi dalam set ketiga itu, kita sepatutnya sudah boleh menang selepas mendahului 14-9 tetapi tewas pula 14-16. Mungkin ketika itu konsentrasi pemain mula terjejas dan ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua.

"Mujur ia berlaku pada perlawanan pertama ini. Jadi kita tak boleh main-main lagi selepas ini.
"Pemain kena beri fokus sepenuhnya setiap kali turun beraksi," katanya kepada Kosmo! selepas perlawanan semalam.

Namun, skuad sepak takraw boleh dianggap telah melakukan satu pengorbanan terbesar apabila turun beraksi menentang China pagi semalam tatkala umat Islam yang lain di Guangzhou sedang menunaikan solat sunat Aidiladha.

Malaysia perlu muncul juara Kumpulan A bagi mengelak pertemuan dengan Thailand yang dijangka mudah mengungguli Kumpulan B pada saingan separuh akhir, Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment