Monday, November 29, 2010

Pro & Kontra: Syabas, sekalung tahniah buat kontinjen negara

 SEBAGAI rakyat Malaysia, saya turut bangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian kontinjen negara di Sukan Asia yang pulang membawa pungutan sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa dari Guangzhou.

Saya turut berada di sana ketika berlangsung sukan terbesar benua itu dan melihat sendiri keriangan rakyat di bandaraya berkenaan, menyambut ketibaan pengunjung asing.

 Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan penggiat sukan, saya menyokong penuh sebarang usaha kerajaan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2023.

Pada firasat saya penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini banyak mendatangkan keuntungan daripada segi pendapatan ekonomi dan sebab itu banyak negara bukan setakat berebut dan bersaing malah sanggup berbelanja besar mendapatkan hak penganjuran sukan.

Justeru, tidak hairan, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri mahu Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Penganjuran perlumbaan Formula Satu di Litar Sepang juga berjaya menarik ramai pelancong ke Malaysia. Industri sukan, kini memberi pulangan besar, seperti hak siaran langsung stesen televisyen.

Ketika di Guangzhou, saya melihat sendiri peniaga dan penjaja mengambil kesempatan menambahkan pendapatan mereka dengan kehadiran ramai pegawai dan atlit yang membeli belah.

Bayangkan jagung rebus dan buah berangan goreng yang dijual di tepi-tepi jalan juga laris, manusia penuh sesak di pasaraya, ditambah dengan kehadiran ramai rakyat asing yang berbelanja

 

 

 

Oleh Raja Ahmad Zainuddin

No comments:

Post a Comment