Thursday, November 25, 2010

Guangzhou De Wen Hou: Kesungguhan pegawai kita wajar dipuji

DISEBABKAN kedudukan gelanggang pertandingan berselerak di serata bandaraya Guangzhou ini, penulis mengakui tidak berkesempatan mengunjungi semuanya.

Memang mustahil kerana jarak dan lokasi yang jauh antara satu sama lain, selain tidak semua gelanggang membabitkan atlit negara, jadi kumpulan wartawan di sini hanya memberi tumpuan kepada beberapa gelanggang yang mampu memberi pingat buat kontinjen Malaysia.

Selepas mengunjungi beberapa gelanggang, penulis kagum dengan kesungguhan beberapa pegawai sukan kita yang seboleh-bolehnya mahu berada di setiap gelanggang membabitkan aksi atlit negara.
Di Pusat Akuatik Aoti kelmarin, penulis dan rakan berkesempatan berbual dengan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga menjadi presiden bagi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan beberapa persatuan sukan lain.

Sebelum ini, penulis ternampak kelibat bekas Menteri Besar Perlis itu bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed di gelanggang skuasy dan badminton, selain takraw dan hoki.

Ketika bersembang, Shahidan yang terkilan dengan markah tinggi diberi kepada setiap penerjun China yang mendominasi acara itu, sempat memberi cadangan supaya acara subjektif seperti terjun, menggunakan pemarkahan elektronik.

Sama ada logik atau tidak, terpulang kepada pandangan masing-masing tetapi pendekatan saintifik dalam sukan termasuk sistem pemarkahan membuatkan tiada yang mustahil dalam sukan zaman moden ini.

BHarian

No comments:

Post a Comment