Wednesday, November 10, 2010

Saya tidak harap apa-apa: Rajagobal

PEMAIN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama S Kunalan(kiri) dan Fandi Othman (tengah)ceria ketika sesi latihan, petang semalam. Mereka bakal berdepan pasukan ranking kedua Asia, Jepun petang ini.
PEMAIN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama S Kunalan(kiri) dan Fandi Othman (tengah)ceria ketika sesi latihan, petang semalam. Mereka bakal berdepan pasukan ranking kedua Asia, Jepun petang ini.

‘Istimewa barisan muda kita ialah semangat’

ANTARA gajah dan kancil! Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan pertembungan skuad bola sepak negara menentang Jepun dalam saingan Kumpulan A Sukan Asia Guangzhou 2010 di Stadium Huadu, petang ini.

Dan menyedari lawan yang ditentang berada dalam kelas tersendiri, jurulatih K Rajagobal lantas berpijak di bumi nyata dalam memperkatakan peluang skuad kendaliannya menjelang pertemuan getir itu.
"Saya tidak harapkan apa-apa keputusan, melainkan pemain beraksi tenang dan menikmati pengalaman bermain dengan barisan gergasi ini. Inilah medan terbaik pemain menunjukkan keupayaan bermain dalam perlawanan bertaraf tinggi menentang pasukan ternama," katanya.


Jepun mempunyai kelebihan jaringan apabila memalukan tuan rumah China, 3-0, manakala anak didik Rajabogal mengatasi halangan fizikal Kyrgyzstan apabila menang 2-1.

Selepas kehilangan sebahagian besar tonggak akibat kecederaan, skuad negara akan turun tanpa dua lagi pemain utama selepas kapten berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah dan Fakri Saarani cedera lutut ketika menentang Kyrgyzstan.

Tempat Fakri di bahagian serangan bakal diisi Faizal Abu Bakar, manakala Fadhli Shas menggantikan Norhafiz di posisi benteng.
“Apa yang istimewa barisan muda kita ialah mereka penuh dengan semangat, keyakinan dan tidak gentar berdepan sesiapa. Jadi, saya harap faktor ini membantu kita melakukan kejutan ke atas lawan," katanya.

B.Harian

No comments:

Post a Comment