
SKUAD ekuestrian negara (dari kiri), Putri Alia, Diani Lee, Quzandra Nur dan Qabil yang meraih pingat gangsa dalam acara dressage berpasukan semalam.
SKUAD ekuestrian menjadi penyelamat apabila memasti- kan kontinjen Malaysia meraih pingat pada hari kedua temasya Sukan Asia 2010.
Mereka berjaya memenangi pingat gangsa acara dressage berpasukan yang berlangsung di Pusat Equestrian Guangzhou semalam.
Ia diperoleh menerusi gandingan Qabil Ambak Mahamad Fathil, Quzandria Nur Mahamad Fathil, Diani Lee Cheng dan Putri Alia Soraya Ahmad Shuhaimi.
Jaguh negara itu mengumpul purata 65.111 untuk berada di belakang Korea Sela- tan yang meraih pingat emas dengan 65.759 mata manakala tuan rumah, China meraih pingat perak dengan 65.593 mata.
Tiga mata tertinggi yang dikira untuk purata mata tersebut diambil daripada Qabil yang mengumpul 66.111 mata, Quzandra 65.722 mata dan Diani 63.500 mata manakala Putri Alia sekadar mengutip 62.722.
Namun, mengikut pungutan mata individu, catatan Qabil sekadar meletakkannya di tempat kelima manakala Quzandra ketujuh, Diani ke-12 dan Putri Alia ke-15 daripada keseluruhan 22 peserta yang mengambil bahagian.
Hari ini, atlet ekuestrian negara akan beraksi dalam acara dressage individu Pusingan A dengan cabaran Malaysia digalas oleh Qabil dengan kudanya bernama Wup, Quzandria dengan kuda bernama Handsome dan Diani dengan kudanya, Stravinsky.

No comments:
Post a Comment