SKUAD boling wanita negara terus hambar apabila gagal mempertahankan pingat emas acara lima sepasukan yang dimenangi mereka empat tahun lalu.
Pada saingan Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Dewan Boling Tianhe, Guangzhou petang semalam, barisan pemain wanita negara sekadar meraih pingat gangsa di belakang Korea Selatan dan Indonesia.
Kelmarin, pasukan negara yang dibarisi Esther Cheah, Sharon Koh, Shalin Zulkifli, Zatil Iman Abdul Ghani dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menamatkan blok pertama di kedudukan ketiga.
Mereka cuba memperbaiki kedudukan pada blok kedua petang semalam tetapi Korea Selatan terus unggul untuk meraih pingat emas dengan 6,711 jatuhan pin diikuti Indonesia (6,340) dan Malay- sia (6,295).
Jurulatih boling negara, Hollo- way Cheah berkata, beliau akan menyusun semula program latihan selepas pulang ke tanah air nanti berikutan kegagalan skuad wanita beraksi cemerlang sepanjang di Guangzhou.
"Prestasi mereka di Sukan Asia 2010 ini tidaklah teruk sangat tetapi punca utama adalah pasukan lain telah menunjukkan peningka- tan.
"Kita akan kaji semula program latihan untuk memastikan skuad boling negara dapat kembali bangkit pada saingan akan datang," katanya ketika ditemui petang semalam.
Ini merupakan pingat pertama berjaya disumbang barisan pemain boling wanita negara di Guangzhou setelah mereka gagal meraih sebarang pingat dalam acara individu, berpasangan dan trio sebelum ini.
Shalin pula berkata: "Kami sudah cuba sedaya upaya untuk kejar kedudukan emas atau perak. Tetapi semalam (kelmarin) Korea Selatan dan Indonesia sudah mendahului jauh pada blok pertama.
"Kita terlalu bergantung kepada Esther untuk mengutip banyak mata. Sepatutnya kena ada seorang lagi seperti Esther barulah kita mampu meraih kedudukan lebih baik."
Sepanjang enam permainan acara lima sepasukan itu, Esther menyumbang 1,435 jatuhan pin diikuti Sharon (1,243), Zandra (1,215), Zatil (1,213) dan Shalin (1,189).
Untuk kedudukan All Events, tiada pemain negara berjaya meraih pingat dengan pemain terbaik hanyalah Esther di tempat kela- pan dan Sharon kesembilan, sekali gus melayakkan mereka berdua ke saingan Masters hari ini.

No comments:
Post a Comment