
AHMAD SHABERY (kanan) melihat pingat emas yang dimenangi Fong Ying dalam acara wusyu semalam.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek lega selepas kontinjen negara akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama pada Guangzhou 2010 semalam.
Kilauan emas itu disumbang oleh atlet wusyu wanita, Chai Fong Ying dalam acara taijiquan\taijijian individu keseluruhan di Gimnasium Nansha yang turut disaksikan oleh Ahmad Shabery dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.
Biarpun lega, Shabery yang tiba di Guangzhou, China, Sabtu lalu, bagaimanapun berharap agar kejayaan atlet wusyu negara ini mampu menjadi suntikan semangat kepada atlet-atlet lain dalam misi me- realisasikan sasaran sembilan pingat emas pada temasya kali ini.
"Memang menjadi harapan saya agar kejayaan atlet wusyu kita ini dijadikan pembakar semangat kepada mereka yang disasarkan untuk memenangi emas pada Sukan Asia 2010," kata Ahmad Shabery di Gimnasium Nansha semalam.
"Ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk kita laksana- kan dalam temasya terbesar di Asia ini.
"Saya berharap akan ada bebe- rapa lagi kilauan pingat emas daripada atlet sasaran kita dan moga- moga ada juga kejutan dilakukan seperti apa yang dibuktikan atlet snuker kita.
"Walaupun atlet kita, Ibrahim (Amir) hanya menang pingat perak tetapi ia tetap penting kerana ia juga akan menjadi penentu kepada kedudukan negara dalam kutipan pingat keseluruhan seperti apa yang berlaku pada Sukan Komanwel New Delhi, Oktober lalu," jelas Ahmad Shabery.
Menteri Belia dan Sukan itu tetap yakin kontinjen negara masih berada di landasan yang betul dalam menepati sasaran sembilan pingat emas yang ditetapkan bagi temasya ini.
Sementara itu, Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia pada temasya kali ini, menganggap kejayaan Fong Ying sebagai hadiah paling bermakna kepada seluruh anggota kontinjen negara beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidiladha di China hari ini.
Meskipun sehari lebih awal dari- pada sambutan di Malaysia, namun bagi seluruh kontinjen negara termasuk rakan-rakan media yang bertugas di Guangzhou, tiada pengala- man yang lebih bermakna selain meraikan sambutan tersebut dengan genggaman pingat emas di perantauan.
Meskipun dihimpit dengan kepa- datan jadual pertandingan serta kesuntukan masa ekoran jarak gelanggang yang agak jauh, namun sambutan Aidiladha masih tetap akan diadakan di Perkampungan Sukan temasya ini.
Mungkin tiada daging lembu untuk dimakan, kuih-muih untuk dijamah, namun kemeriahan tetap dirasai dengan kesanggupan Majlis Sukan Negara (MSN) mengorbankan dua ekor kambing dengan niat agar sembilan pingat emas dapat dicapai di bumi Guangzhou ini.
"Kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha sehari lebih awal daripada Malaysia iaitu esok (hari ini), jadi bagi memeriahkan lagi suasana di China ini meskipun kita agak kesuntukan masa dan dengan kesibukan tugas, sambutan akan tetap diadakan.
"MSN telah membeli dua ekor kambing untuk dikor bankan dengan niat agar semua apa yang kita rancang iaitu sembilan pingat emas dapat ditunaikan oleh Allah di sini."
"Sambutan akan dibuat di sebuah tempat khas (international zone) di Perkampungan Sukan dan media, jadi kita akan berkumpul beramai- ramai dan solat serta bertakbir di sana nanti," kata Zolkples.
Jawatankuasa Kerja bagi Sukan Asia Guangzhou (GA GOC) telah menyediakan satu tempat khas bagi semua atlet, pegawai dan petugas media dari negara-negara Islam meraikan sambutan kedua paling bersejarah dalam kalendar Islam itu.
Begitupun, hanya skuad sepak takraw sahaja yang terpaksa ber- korban kerana terpaksa turun ke gelanggang pagi ini berikutan kekeliruan tarikh sambutan Hari RaAidiladha.
"Pada mulanya kita ingat Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari yang sama dengan di Malaysia, jadi kita telah minta jadual dipinda.
"Namun, setelah jadual dipinda lebih awal, baru kita tahu bahawa hari raya sebenarnya jatuh sehari lebih awal di China.
"Jadi kita tidak boleh minta jadual dipinda sekali lagi dan skuad sepak takraw kita terpaksa berkorban sedikit demi negara," ujar Zolkples lagi.
KOsmo

No comments:
Post a Comment