Wednesday, October 27, 2010

Jaguh Asia sah penyertaan


ROSLINDA antara wakil negara yang akan beraksi pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia hujung minggu ini.


KEJOHANAN Olahraga Terbuka Malaysia di Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil pada 30 dan 31 Oktober ini berjaya menarik penyertaan ramai jaguh trek dan balapan Asia.

Kebanyakan mereka bertanding di Terbuka Malaysia ini kerana mahu menjadikan kejohanan tersebut sebagai persiapan terakhir menjelang Sukan Asia di Guangzhou, China bulan depan.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, antara jaguh yang sudah mengesahkan penyertaan adalah pelari pecut 100 meter dari Qatar, Jassim Abbas dan jaguh lompat jauh Arab Saudi, Hus- sien Taher Al-Sabee.

“Kita masih menunggu bebe- rapa nama besar lagi yang menyatakan hasrat untuk bertanding di Bukit Jalil kerana buat kali pertama Terbuka Malaysia akan disertai ramai atlet handalan dari Asia.

“Setakat ini kira-kira 300 atlet sudah pun mengesahkan penyertaan dengan kebanyakan mereka adalah dari Qatar, Sri Lanka, Arab Saudi, Hong Kong, Vietnam, Iran, Thailand, Filipina, Taiwan, Singapura, Kazakhstan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya semalam.


Menurutnya, kedua-dua jaguh dari Qatar dan Arab Saudi itu turut beraksi pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman dengan masing-masing mencatat pencapaian peri- badi terbaik mereka.

“Jassim adalah antara atlet Asia yang pernah mencatat masa bawah 10 saat dalam acara 100 meter pecut mana- kala Hussein merupakan atlet Asia yang berjaya melakukan lompatan lebih lapan meter dalam acara lompat jauh,” tegasnya.

Karim turut mengesahkan, ramai atlet negara juga akan beraksi dalam kejohanan kali ini termasuk enam atlet yang layak di bawah kategori A untuk beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, China nanti.

Mereka termasuk Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita), Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki) dan kuartet 4x100m wanita iaitu Siti Zubai- dah Adabi, Nor Jannah Hafizah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir.


Oleh TAUFEK RAZAK
taufek.razak@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment