NICOL (depan) diramal mudah menguasai acara skuasy wanita pada Sukan Asia 2010.
GUANGZHOU - Juara dunia lima kali, Datuk Nicol David dan Mohd. Azlan Iskandar dianggap pemain pili- han untuk menyapu bersih dua emas perseorangan dalam acara skuasy di Sukan Asia yang bermula pertengahan bulan ini.
Sebagai juara bertahan, Nicol yang masih memegang gelaran pemain No. 1 dunia untuk tempoh 56 bulan lalu dikatakan tidak mempunyai pencabar setanding.
Kecuali dua pemain dari Hong Kong dilihat mampu memberikan sedikit cabaran kepadanya iaitu Annie Au dan Rebecca Chiu.
Rebecca bagaimanapun lebih pengalaman kerana dia merupakan pemenang pingat emas pada temasya 2002 dan naib juara pada 2006 selepas kalah kepada Nicol pada perlawanan akhir.
Namun, Nicol yang masih segar dengan kejayaan memenangi emas pertama Malaysia menerusi acara skuasy pada Sukan Komanwel bukan- lah tandingan buat dua pemain itu.
Temasya Komanwel yang lebih mencabar dan mempunyai pencabar yang lebih kuat sudah berjaya diatasinya, inikan pula Sukan Asia yang pencabarnya tidak seberapa.
"Memandangkan Sukan Asia membabitkan pelbagai jenis sukan, ia tetap penting buat saya dan negara saya meraih emas," katanya.
Pada usia yang lebih matang iaitu 27 tahun, Nicol lebih melihat temasya kali ini lebih kepada kejayaan negara dan usahanya untuk mengekalkan kekuatan fizikal yang ada.
Bagi Azlan yang merupakan naib juara pada temasya 2006, prestasi- nya kini dianggap lebih baik berbanding juara bertahan, Ong Beng Hee.
Biarpun Beng Hee berjaya menewaskannya pada temasya di Doha, Qatar, pencabar utama Azlan kali ini bukan lagi rakan sepasukannya itu.
Sebaliknya dua pemain Pakistan, Aamir Atlas Khan dan Saurav Ghosal bakal menjadi 'duri dalam daging' buatnya meraih pingat emas di sini.
"Dalam gelanggang, Ong dan saya adalah musuh tetapi di luar, kami adalah sahabat baik.
"Jadi kami akan berusaha bersama-sama untuk berjaya seperti Nicol," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment