Friday, November 12, 2010

Misi libas Thailand

SKUAD sepak takraw negara enggan lagi dibayangi kehebatan Thailand pada Sukan Asia 2010. Setelah kerap kali menerima kritikan dan cemuhan berhubung kegagalan mengatasi Thailand sejak beberapa tahun lalu, skuad sepak takraw negara kini turun dengan misi ‘melibas’ musuh tradisi mereka itu pada temasya yang akan membuka tirainya secara rasmi hari ini hingga 27 November.

“Kami sebenarnya bukan terlalu yakin mahupun cakap besar tetapi setiap pemain kita telah berikrar akan memberi sepenuh jiwa dan raga mereka dalam usaha menyumbang satu pingat emas biarpun tampak seperti sukar,” kata pengurus pasukan sepak takraw negara, Datuk Awang Sham Amit di Lapa- ngan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou semalam.

“Selama ini kita memang dibayangi oleh kehebatan musuh ketat kita, Thailand dalam apa jua acara pun, namun kali ini saya dapati pemain-pemain negara sudah jemu dengan status kita di tempat kedua.
“Dengan latihan yang cukup intensif sebe- lum kita berlepas ke Guangzhou dan dengan semangat yang berkobar-kobar dalam diri pemain kita, saya yakin kita ada potensi untuk menghadiahkan satu kilauan emas daripada dua acara yang disertai dengan izin Tuhan.”


Skuad takraw negara akan menyertai acara antara regu dan berpasukan setelah pera- turan membenarkan setiap negara hanya menghantar wakil dalam dua dari tiga acara yang dipertandingkan.
Dalam acara berpasukan, Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama India, China dan Jepun manakala Thailand pula mengetuai Kumpulan A bersama Korea Selatan dan In- donesia dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Bagi acara antara regu, Thailand dan Malaysia dijangka mengulangi pertemuan final di Doha, Qatar empat tahun lalu setelah hanya empat pasukan bertanding selain Myanmar dan China.
Meskipun Thailand dilihat sebagai halangan utama, Awang Sham bagaimanapun menasihati anak-anak buahnya yang dibarisi gandingan pemain muda dan senior agar jangan memandang mudah dengan pasukan- pasukan lain seperti Vietnam, Korea Selatan dan Myanmar.

“Jika semua berjalan dengan baik, saya percaya Tuhan akan membalas niat baik kita dengan kejayaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan di Malaysia selama ini,” ujar Awan Sham.
Kali terakhir skuad sepak takraw negara memenangi pingat emas Sukan Asia ialah pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Bagaimanapun, skuad negara pulang hampa pada tiga temasya berikutnya iaitu di Bangkok 1998, Busan 2002 dan Doha 2006.

Kosmo

No comments:

Post a Comment