Friday, November 12, 2010

Malaysia waspada hadapi Thailand


CHONG WEI menjadi taruhan terbaik Malaysia bagi memburu pingat emas acara badminton yang bermula esok.


ATAS kertas, Malaysia antara pasukan pilihan dalam acara badminton pada Sukan Asia Ke-16 yang membuka tirainya hari ini.

Namun, jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek tidak mahu barisan pemain negara leka dengan reputasi yang dimiliki mereka apabila acara badminton bermula di Gimnasium Tianhe esok.
Malaysia akan berhadapan dengan Thailand dalam saingan peringkat suku akhir acara berpasukan lelaki sele- pas mendapat bye pada pusingan pertama.

"Atas kertas, Malaysia boleh menyandarkan harapan kepada pemain perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.
"Namun, saya agak bimbang dengan lain-lain pemain," kata Misbun ketika mengendali latihan pemain di Gimna- sium Tianhe semalam.


Pemain perseorangan lelaki kedua negara ialah Muhd. Hafiz Hashim manakala Liew Darren atau Chan Kwong Beng akan tampil sebagai perseorangan ketiga.

Misbun berkata, Chong Wei mungkin berhadapan dengan pemain No. 8 dunia, Boonsak Ponsana manakala Hafiz (20) akan berentap dengan pemain No. 29 dunia, Tanongsak Saensomboonsak.
"Namun, saya masih belum menetapkan siapa yang akan jadi perseora- ngan ketiga sama ada Liew Darren atau Kwong Beng," katanya.

Pada temasya Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, pasukan badminton negara membawa pulang satu pingat emas dan tiga gangsa.
Dalam acara berpasukan lelaki, Malaysia tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam pertembungan separuh akhir.

Kien Keat/Boon Heong meraih pingat emas dalam beregu lelaki, manakala tiga pingat gangsa diperoleh menerusi Chong Wei (lelaki perseorangan lelaki), Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Wong Pei Tty (beregu campuran) dan acara berpasukan wanita.

KOsmo

No comments:

Post a Comment