MEMBURU pingat emas ke-50! Selepas menghimpun koleksi 42 pingat emas sejak menyertai Sukan Asia di Manila '54 hingga Doha '06, kontinjen negara yang bertanding di Guangzhou berpeluang menggapai angka keramat itu.
Malah, berdasarkan sembilan emas yang disasarkan, angka 50 emas itu boleh dicapai dan bukan sesuatu mustahil untuk dilepasi kali ini.
“Nampaknya, ini (memburu emas ke-50) adalah misi tambahan, selain sembilan emas yang disasarkan itu. Saya harap kita mampu menggapai angka 50 emas itu dan jika boleh melepasinya," katanya.
Kontinjen negara tidak bertanding pada temasya itu dilangsungkan pertama kali di New Delhi pada '51 tetapi mula mengambil bahagian di Manila '54, namun gagal membawa pulang emas.
Kontinjen negara membawa pulang emas pada temasya Jakarta '62 dengan dua emas, Bangkok '66 (7), Bangkok '70 (5), Bangkok '78 (2), New Delhi (1), Beijing '90 (2), Hiroshima '94 (4), Bangkok '98 (5), Busan '02 (6) dan melengkapkan pungutan 42 emas di Doha '06.
B.Harian
No comments:
Post a Comment