Friday, November 26, 2010

Karate: Jamalliah sumbang perak


JAMALLIAH mencium pingat perak yang dimenanginya semalam.


HANYA satu pingat perak berjaya dikutip Malaysia pada hari kedua acara karate yang berlangsung di Gimnasium Guangdong, Guangzhou semalam.
Tidak seperti kelmarin apabila dua pingat emas berjaya dimena- ngi, semalam skuad karate negara berpeluang menambah koleksi emas ketiga dalam kategori Kumite lebih 68 kilogram wanita.
Begitupun, atlet negara, Jamalliah Jamludin terpaksa akur dengan kehebatan Manar Shath dari Jordan apabila tewas dengan kiraan mata 2-5 pada peringkat akhir.

Sebelum itu, Jamalliah beraksi cemerlang dengan mengalahkan atlet Macau, Paula Cristina Perei- ra Carion (suku akhir) dan menumbangkan atlet Kazakhstan, Chaikuzova Gaukhar 1-0 pada saingan separuh akhir.
Jamalliah jelas sekali kecewa dengan sistem pemarkahan oleh juri pertandingan semalam.
"Sudah pasti saya kecewa kerana hanya mampu menghadiahkan pingat perak kepada Malaysia," kata Jamalliah semalam.

"Saya akui kesilapan saya kerana tidak mengasak lawan (Manar) habis-habisan ketika ketinggalan tetapi saya agak pelik dengan sistem pemarkahan juri.
"Atlet Jordan itu hanya membuat serangan balas yang tidak mengenai sasaran tetapi juri tetap memberinya mata, itu yang agak menghairankan saya.
"Tetapi apa pun semua ini telah berakhir, jadi mahu atau tidak saya kena juga berpuas hati dengan pingat perak ini."

Sementara itu, seorang lagi atlet negara, G. Vathana terpaksa menamatkan cabaran lebih awal apabila terkandas pada peringkat suku akhir kategori Kumite bawah 55kg wanita selepas juri lebih memihak kepada Ma Pabillore dari Filipina meskipun mata terikat 1-1.
Atlet lelaki negara, Lim Yoke Wai pula tersingkir pada pusingan kedua kategori Kumite bawah 67kg selepas tumpas 0-1 kepada juara dunia dari Jepun, Shinji Nagaki.



Kosmo

No comments:

Post a Comment