PEMAIN-PEMAIN Malaysia meraikan gol kedua ketika menentang Korea Selatan semalam.
SKUAD hoki negara berjaya mengikat juara bertahan, Korea Selatan 2-2 dalam aksi kedua Kumpulan A semalam. Meskipun misi mencuri satu mata tercapai, namun skuad kendalian Stephen van Huizen terlepas peluang mencipta kejutan dengan membenam pasukan ranking kelima dunia itu apabila mendahului 2-1 pada babak kedua.
Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada skuad negara, Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 lima minit sebelum permainan tamat hasil kealpaan barisan pertahanan.
Terdahulu, skuad negara ketinggalan seawal minit kesembilan hasil jaringan Hyun Hye-sung, namun Mohd. Azlan Misron menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-23.
Penyerang muda, Hafifi- hafiz Hanafi memberi harapan kepada kem Malaysia apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke- 48.
Namun, Seo Jong-ho menyelamatkan maruah Korea Selatan menerusi gol penyamaan, sekali gus meranapkan impian sku- ad negara meraih tiga mata penuh.
"Memang kita agak kecewa kerana terlepas tiga mata yang dilihat sudah berada dalam genggaman," kata van Huizen selepas perlawanan semalam.
"Bukan mudah untuk mendahului pasukan seperti Korea Selatan dan jaringan penyamaan mereka ketika permainan berbaki lima minit amat mengecewakan kita.
"Begitupun, kita juga sepatutnya gembira dengan pencapaian ini.
"Memang sasaran kita sekurang-kurangnya seri bertemu Korea dan saya berpuas hati kerana keputusan ini mencerahkan sedikit peluang kita mara ke separuh akhir."
Pada pertemuan di Stadium Hoki Aoti itu, skuad negara beraksi cemerlang dengan menahan asakan bertali arus pemain Korea Selatan, malah berjaya mencemaskan kubu juara bertahan itu dengan bebe- rapa percubaan hasil sera- ngan balas yang pantas.
Malah, kehebatan penjaga gol negara, S. Kumar menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan turut wajar diberi pujian.
"Kumar beraksi dengan bagus malam ini (semalam) dan tanpanya sudah tentu kita dibolosi banyak gol.
"Dia memang seorang penjaga gol bertaraf dunia dan Malaysia bertuah kerana mempunyai seorang pemain yang berani sepertinya," kata van Huizen.
Dengan keputusan seri itu, Malaysia dianggap berpeluang cerah untuk ke separuh akhir sambil mengharapkan Korea Selatan atau China tewas apabila masing-masing bertembung sesama sendiri dalam aksi ketiga malam ini.
Seandainya ia berlaku, Malaysia hanya perlu menang besar ke atas Oman petang ini dan seri apabila bertemu tuan rumah, China pada aksi terakhir Kumpulan A, Ahad nanti.
No comments:
Post a Comment