KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 20 pemain disenaraikan
oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menjalani latihan pusat
bermula esok sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia Incheon 2014 di
Korea Selatan yang bermula 19 Sept ini.
MHC dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, hanya 16 pemain terbaik akan dipilih oleh pengendali baharu skuad hoki negara, Arul Selvaraj ke temasya sukan berkenaan.
Arul yang merupakan Ketua Jurulatih skuad remaja negara dilantik secara sementara oleh MHC ke jawatan tersebut bagi menggantikan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang 'direhatkan' berikutan prestasi hambar skuad negara pada Sukan Komanwel 2014 di Scotland, baru-baru ini.
Malaysia hanya mencatat satu kemenangan pada aksi kumpulan B Sukan Komanwel 2014 iaitu menundukkan Kanada 2-0 manakala kalah tiga lagi perlawanan termasuk diaibkan 2-4 oleh pasukan ranking ke-29 dunia, Trinidad and Tobago.
Skuad negara berdepan misi getir selepas Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan sasaran ke final kepada mereka pada Sukan Asia 2014.
Senarai pelatih hoki:
----------------------
Roslan Jamaluddin, Norhizzat Sumantri, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Fitri Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Muhammad Firhan Ashaari, Azlan Misron, Nabil Fiqri Mohd Noor, S. Kumar, Muhammad Razie Abdul Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hasan, Muhammad Hafizuddin Othman, Baljit Singh Charun Singh, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Ahmad Kazamirul Nasruddin, Muhammad Shahril Saabah, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment