Tuesday, November 23, 2010

Terjun sumbang dua perak


BRYAN Lomas (kiri) dan Tze Liang menyumbangkan pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform serentak semalam.


TURUN beraksi bersama gandi- ngan yang berbeza dalam tiga Sukan Asia berturut-turut, penerjun negara, Leong Mun Yee tetap gembira meskipun hanya menghadiahkan pingat perak kepada Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal serentak wanita semalam.

Dalam saingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti, Guangdong itu, Mun Yee yang berpasangan dengan Ng Yan Yee, beraksi cemerlang dengan mengumpul 279.90 mata, namun masih gagal menyaingi kehebatan penerjun tuan rumah, China Shi Tingmao dan Wang Shan yang mengumpul 315.60 mata untuk memenangi pingat emas.

Pingat gangsa pula menjadi milik pasangan dari Jepun, Mai Nakagawa dan Sayaka Shibusawa setelah mengumpul 277.50 mata.
"Ini adalah kali ketiga saya me- menangi pingat dalam Sukan Asia, tetapi pingat perak di China ini adalah yang pertama buat saya," kata Mun Yee semalam.

"Sebelum ini saya memenangi gangsa ketika berpasangan dengan Farah Begum (Abdullah) di Busan pada 2002 dan di Doha (2006) saya berpasangan dengan Elizabeth Jimie.
"Saya tetap gembira walaupun hanya memenangi perak kerana saingan di Sukan Asia Guangzhou kali ini sangat hebat. Yan Yee juga beraksi dengan baik dan walaupun kami jarang sekali berlatih dalam acara ini, namun persembahannya tadi (semalam) sudah cukup baik," katanya lagi.
Pada Sukan SEA 2009 di Laos, gandingan Mun Yee dan Yan Yee menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negara.

Begitupun, pasangan negara ini hampir-hampir terlepas pingat Sukan Asia, namun nasib masih menyebelahi mereka apabila berjaya memintas pasangan Jepun pada terjunan ketiga.
Mun Yee menjelaskan bahawa dia kini akan menumpukan perhatian pada dua acara kegemarannya iaitu acara 1m papan anjal individu esok dan 3m papan anjal Jumaat ini.

Pingat perak kedua acara terjun semalam disumbangkan oleh pasangan lelaki, Bryan Nickson Lomas dan Ooi Tze Liang menerusi acara 10 meter platform serentak.
Bryan dan Tze Liang mengumpul 407.16 mata menerusi enam terjunan.
Pingat emas sudah pasti menjadi milik tuan rumah, China menerusi gandingan Yang Liguang dan Zhou Luxin yang mengumpul 486.57 mata manakala gangsa dimenangi pasangan Korea Sela- tan, Kim Jin-yong dan Oh Yi-taek dengan 394.08 mata.

Bryan, 20, menyifatkan kejayaan memenangi pingat adalah satu bonus buat dirinya dan Tze Liang, 17, selepas tidak menetap- kan sebarang sasaran pingat dalam acara tersebut.
Lebih manis ia adalah pingat pertama buat dirinya dalam dua penampilan di Sukan Asia sele- pas pulang tangan kosong dari Doha empat tahun lalu.

No comments:

Post a Comment