Kekalahan 0-2 (12-21, 19-21) menyaksikan kemarau emas 16 tahun skuad sepak takraw negara terus berpanjangan, sebaliknya Thailand terus mendominasi acara itu buat kali keempat berturut-turut selepas 1998, 2002 dan 2006
“Sebelum turun beraksi, kami menonton dan mengkaji permainan Kriangkrai tetapi terkejut apabila dia tidak disenaraikan,” kata tekong negara, Mohd Normanizam Ahmad. “Itu antara punca kami tewas mudah dalam set pertama kerana kami tidak pernah beraksi menentang penggantinya (Wirawut Na Nongkhai),” katanya.
“Kami berjaya mengimbangi kekuatan lawan dalam set kedua tetapi entah bagaimana gagal mengekalkan kelebihan mata apabila lawan berjaya mengejar dan memenangi perlawanan. Begitupun, kami sudah cuba memberi yang terbaik,” kata Mohd Normanizam.
B.Harian
No comments:
Post a Comment