Monday, November 29, 2010

Skuad terjun 'korban' satu pingat


MUN YEE (kiri) dan Yan Yee tidak dapat beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu semalam ekoran kecederaan.


SKUAD terjun negara terpaksa 'mengorbankan' prospek satu pingat dalam acara 3 meter papan anjal indi- vidu wanita semalam apabila Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee menarik diri ekoran masalah kecederaan.
Situasi tersebut menyaksikan skuad terjun negara terpaksa mere- hatkan Mun Yee dan Yan Yee bagi me- ngelakkan sebarang kecederaan serius dialami dua penerjun ini.

Selasa lalu, Mun Yee dan Yan Yee menghadiahkan pingat perak dalam acara 3m papan anjal serentak.
Malah, Mun Yee turut memenangi perak keduanya di Guangzhou dalam acara 10m platform serentak wanita apabila berpasangan dengan Pandelela Rinong.

"Mereka (Mun Yee dan Yan Yee) mengalami kecederaan pinggul ketika beraksi sepanjang saingan tema- sya di Guangzhou ini," kata pengurus skuad renang negara, Siow Kian Wah semalam.
"Jadi kita terpaksa merehatkan mereka kerana tidak mahu kecederaan itu bertambah teruk lagi.
"Tambahan pula, hari ini (semalam) ialah hari terakhir saingan terjun dan kita telah pun memenangi beberapa pingat sebelumnya.

"Peluang mereka untuk menang emas acara ini pun agak sukar kerana terpaksa bersaing dengan penerjun China, jadi kita terpaksa korbankan acara ini."

Mun Yee, 26 dan Yan Yee, 17, tidak diturunkan pada pusingan kelayakan acara tersebut pagi semalam, sekali gus gagal menempatkan diri pada pusingan akhir yang berlangsung di sebelah petang.
Pingat emas dan perak acara tersebut dimenangi dua penerjun China, He Zi dan Shi Tingmao manakala pingat gangsa menjadi milik penerjun Macau, Choi Sut Ian.


Kosmo

No comments:

Post a Comment