SKUAD perahu layar negara gah mengibarkan Jalur Gemilang setibanya di Lapangan Terbang Baiyun, Guangzhou, Jumaat lalu.
Dia mengulas mengenai kesukaran Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bagi mendapat sumber kewangan sebanyak RM45,000 untuk membiayai skuad pelayaran negara bertanding dalam acara Keelboat atas tiket Kategori B pada Sukan Asia Guangzhou 2010.
"Agak menyedihkan selepas banyak usaha dan wang dibelanjakan bagi mempromosikan sukan pelayaran negara, termasuk menganjurkan Piala Monsun tetapi tiada pihak yang sudi membantu pelayar negara beraksi di Sukan Asia," katanya.
Lima krew yang akan menggalas cabaran negara dalam acara Keelboat ialah Mohd Masyuri Rahmat, Mohd Farizol Rejab, Ahmad Fakhrizan Deraman, Mohd Adib Mohd Ariff dan Mohd Karimi Bakar.
Mohd Affendy yang juga Pengurus Besar MYA berkata, masalah yang dihadapi bagaimanapun tidak mematahkan semangat badan induk itu dan berharap lima krew terbabit mempamerkan aksi terbaik menawan gelora perairan Shanwei dengan membawa pulang pingat.
Sekiranya lima krew terbabit mampu memenangi emas, segala perbelanjaan itu akan dibayar semula oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan andai meraih perak, separuh daripada perbelanjaan mereka akan ditanggung badan induk itu.
Berita Harian
No comments:
Post a Comment