Wednesday, November 10, 2010

Birmingham: Akan ada kejutan daripada renang


BIRMINGHAM (kiri) ketika mengendalikan latihan skuad renang negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.


MESKIPUN sedar saingan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou amat mencabar, ketua jurulatih renang Malaysia, Paul Birmingham enggan menolak kemungkinan kejutan mungkin mampu dilakar perenang negara pada temasya yang akan bermula Jumaat hingga 27 November ini.
Tidak mahu meletakkan sebarang tekanan ke atas anak didiknya, Birmingham bagaimanapun sedar kemampuan sebenar perenang negara terutamanya Daniel Bego dan Khoo Cai Lin tidak harus diperlekehkan di China nanti.

Ini kerana beliau yakin dengan misi memperbaharui rekod kebangsaan masing-masing, matlamat tersebut bukan saja mampu menjadi standard ukuran kepada Bego dan Cai Lin, malah turut mampu menjadi perangsang untuk memberi kuakan terbaik dalam diri masing-masing dalam memburu kejayaan di bumi Guangzhou.

“Sepanjang latihan sebelum Sukan Asia ini, saya dapati prestasi atlet renang negara agak memberangsangkan, terutama Daniel (Bego) dan Cai Lin,” kata Birming- ham sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bai Yun semalam.


“Meskipun kita gagal menyumbang pingat pada temasya Komanwel baru-baru ini, namun saya tetap berpuas hati kerana ada peningkatan ketara dipamerkan dua perenang ini dan juga perenang-perenang lain.
“Walaupun saya enggan meletakkan sebarang sasaran ke atas mereka kerana tidak mahu memberi mereka tekanan, namun saya tetap optimis dengan potensi Daniel dan Cai Lin untuk mencipta keju- tan nanti,” ujarnya lagi.

Jelas Birmingham, saingan di Guangzhou jauh lebih mencabar berbanding temasya Sukan Komanwel di New Delhi awal bulan lepas kerana saingan daripada perenang negara tuan rumah China, Jepun dan Korea Selatan, serta barisan perenang Olimpik dari negara Asia lain jauh lebih sengit.

“Saya beri kebebasan kepada perenang kita untuk melakukan yang terbaik dengan cara tersendiri pada temasya ini nanti.
“Saya mahu mereka beraksi tanpa tekanan,” katanya


Kosmo

No comments:

Post a Comment