|
|
EMPAT tahun lalu, pada Sukan di Doha, Qatar, skuad boling negara berjaya meraih tiga emas menerusi acara lima berpasukan wanita.
Namun, pada temasya kali ini yang akan berlangsung secara rasminya di Guangzhou, China pada 12 hingga 27 November ini, skuad yang dilabel sebagai lubuk emas ini sekadar mengintai dua emas sahaja.
Jika difikirkan dari segi logik, seharusnya sasaran itu perlu ditambah ekoran prestasi cemerlang pada Sukan Asia empat tahun lalu - pencapaian terbaik skuad boling dalam sejarah temasya sukan tersebut.
Ekoran itu, pengurus pasukan skuad boling negara ke Sukan Asia, BC Cheah tampil memberitahu bahawa cabaran di Gu- angzhou lebih sengit dan mencabar berbanding empat tahun lalu.
"Bagi saya, antara negara yang akan memberi saingan sengit ialah Korea Selatan untuk acara lelaki dan wanita, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) (lelaki) dan Jepun (wanita).
"Sukan Asia pada tahun ini dijangka akan menjadi lebih sukar. Itu adalah satu perkara biasa yang perlu dihadapi oleh semua pemain kerana saingan akan sentiasa menjadi sukar dan tidak akan sesekali menjadi mudah," katanya ketika di- hubungi Kosmo! baru-baru ini.
Seramai 12 pemain akan berlepas ke Guangzhou pada 11 November ini, selepas proses pemilihan dijalankan oleh ketua jurulatih, Holloway Cheah.
Mengetuai senarai enam pemain wanita yang akan beraksi di China ialah pemain paling berpengalaman dan juara Terbuka Hong Kong, Shalin Zulkifli; Sharon Koh, Sin Li Jane, Zatil Iman Abdul Ghani dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.
Saingan lelaki pula akan diketuai oleh Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, Adrian Ang, Muhd. Syafiq Ridhwan, Aaron Kong dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.
Mengulas mengenai persediaan dan persiapan pemain, Cheah memberitahu, skuad boling negara telah dibantu oleh penasihat teknikal profe- sional dari Amerika Syarikat, Rick Benoit.
"Khidmat Benoit diperlukan untuk bekerjasama dengan pemain dalam menyiapkan peralatan dan persediaan teknikal lain. Benoit juga akan mengiringi skuad ke China," katanya yang yakin untuk meraih dua emas buat kontinjen negara.
Kosmo
No comments:
Post a Comment