Incheon Asiad will not be exposure trip - @Khairykj http://t.co/NuyCE1U9Uu @incheonAG2014en 37 #daystogo @AtletMalaysia #MalaysiaBoleh
— Man Olimpik (@ManOlimpik) August 13, 2014
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari
ini mengambil langkah drastik dengan menggugurkan seramai 128 atlet
yang dicalonkan oleh persatuan sukan masing-masing untuk menyertai Sukan
Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, bulan depan.
Selain itu, dua acara sukan iaitu pasukan berbasikal lebuh raya dan triatlon digugurkan manakala empat persatuan sukan iaitu kenu, lawan pedang, golf dan tenis menarik diri.
Tindakan MOM itu menyaksikan Malaysia kini menghantar kontinjen seramai 263 atlet dan 102 pegawai dalam 24 jenis sukan berbanding senarai asal iaitu 391 atlet dan 139 pegawai dalam 29 jenis sukan.
Keputusan berani MOM itu diambil pada mesyuarat exco badan itu yang dipengerusikan oleh presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar di Wisma OCM di sini hari ini.
Selain mengecilkan saiz kontinjen, MOM juga buat pertama kali meletakkan skuad hoki lelaki dan wanita negara dalam kategori B iaitu menanggung perbelanjaan sendiri sebelum MOM membayar balik semua perbelanjaan sekiranya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Kriteria pemilihan yang ketat itu dilaksanakan oleh MOM berikutan kegagalan Malaysia mencapai sasaran tujuh pingat emas pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland, baru-baru ini.
Hasil daripada mesyuarat exco itu, skuad menembak negara menerima tamparan hebat apabila hanya lapan penembak termasuk empat wanita dibenarkan berbanding 24 penembak yang disenaraikan oleh Persatuan Menembak Malaysia (NSAM).
Sukan Asia 2014, yang mempertandingkan 36 jenis sukan, akan berlangsung dari 18 Sept hingga 4 Okt ini.
"Sebanyak 33 peratus daripada atlet yang disenaraikan sebelum ini tidak dapat dihantar manakala 26 peratus pegawai turut mengalami nasib yang sama. Ini jumlah yang agak mengejutkan kami," kata Tunku Imran kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Beliau berkata semua persatuan sukan sebelum ini sudah dimaklumkan bahawa pihaknya akan menilai semula prestasi atlet masing-masing di Glasgow.
"Ini adalah kontinjen muktamad ke Sukan Asia. Kami akan mengemukakan senarai akhir kontinjen kepada penganjur esok dan semua pendaftaran tutup secara rasmi pada Jumaat ini," katanya.
MOM telah melantik Naib Presiden MOM, Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Asia.
Acara sukan yang akan disertai kontinjen negara akuatik, angkat berat, memanah, olahraga, badminton, boling, tinju, kriket, berbasikal trek, ekuestrian, bola sepak, gimnastik, hoki, kabaddi, karate, ragbi, pelayaran, sepak takraw, menembak, ping pong, taekwando, bola tampar pantai, skuasy dan wushu.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment