Dan, kejayaan menggapai sasaran itu menyebabkan Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menghela nafas lega, menandakan bebanan berat yang digalasnya selama ini terlerai.
"Saya akui tidak lalu makan dan tidur bimbang sasaran tidak dapat dicapai. Ini kerana saya hadir ke sini selaku Ketua Pengarah MSN merangkap Chef de Mission dan KPI (indeks petunjuk prestasi) saya bergantung kepada pencapaian atlit di Guangzhou 2010.
Zolkples mengakui bimbang sasaran itu tidak tercapai selepas jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada acara pecut berpasukan dan kegagalan pemain bowling wanita menyerlah.
"Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atlit, baik yang meraih emas, perak, gangsa atau yang tidak memenangi pingat di atas semangat nasionalisme dan perjuangan tinggi ditunjukkan sepanjang temasya ini," katanya.
B.Harian
No comments:
Post a Comment