Monday, November 29, 2010

Terjunan terakhir bawa Bryan raih gangsa


AKSI Bryan dalam acara 10 meter platform individu lelaki di Pusat Akuatik Aoti, Guangdong semalam.


PENERJUN lelaki negara, Bryan Nickson Lomas menutup cabaran kontinjen Malay- sia pada Sukan Asia 2010 dengan kilauan pingat gangsa acara 10 meter platform individu lelaki di Pusat Akuatik Aoti, Guangdong semalam.

Ini adalah pingat ketiga Bryan pada temasya kali ini selepas penerjun berusia 20 tahun itu menghadiahkan dua pingat perak dalam acara 10m platform serentak lelaki (berpasangan dengan Ooi Tze Liang) dan 3m papan anjal serentak lelaki (berpasa- ngan dengan Yeoh Ken Nee).

Dalam acara penutup tirai itu semalam, Bryan hampir sahaja terlepas pingat gangsa tersebut kepada penerjun Korea Utara, Kim Chon Man.

Namun, terjunan terakhir Bryan berjaya memberi kelebihan mata kepadanya untuk memenangi gangsa dengan 478.60 mata keseluruhan manakala Chon Man (459.40 mata).
"Sudah pasti saya gembira kerana memenangi pingat gangsa ini," kata Bryan semalam.
"Memang saya sudah jangka hanya akan bersaing dalam perebutan pingat gangsa sahaja dalam acara ini kerana penerjun China sukar digugat.

"Saya ada melakukan beberapa kesila- pan sikit, sebab itu penerjun Korea Utara itu berjaya memberi saingan di tempat ketiga.


"Namun, nasib baik saya menggunakan darjah kesukaran (difficulty) baru dalam terjunan keempat dan kelima, jadi lebih ba- nyak mata dikutip dari pusingan tersebut."

Penerjun China sekali lagi mendominasi acara terjun apabila Cao Yuan memenangi pingat emas dengan mengumpul 557.15 mata manakala rakan senegaranya, Huo Liang memenangi perak dengan 552.50 mata.
Selepas menghadiahkan tiga pingat kepada Malaysia pada Sukan Asia 2010 yang melabuhkan tirainya hari ini, Bryan memberitahu, dia akan menumpukan perhatian kepada kelayakan Sukan Olimpik 2012 pada tahun depan.

"Selepas ini saya akan meneruskan latihan di China dan memberi tumpuan untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 pula.

"Malah saya juga mahu memperbaiki pencapaian saya dalam Kejohanan Dunia 2011 di sini (China)," ujar penerjun berasal dari Sarawak itu lagi.

Kosmo

No comments:

Post a Comment