Monday, November 29, 2010

Sukan Asia juga penting: Zolkples

Tumpuan pasti pada Olimpik tapi pencapaian atlit di pentas lain tak diabai

PERDEBATAN hangat kini ialah hanya satu acara yang menyumbang pingat emas dalam Sukan Asia di Guangzhou - berbasikal trek - tersenarai sebagai disiplin dipertandingkan di Sukan Olimpik manakala baki lapan bukan dalam kategori berkenaan.

Daripada jumlah sembilan dikutip kontinjen negara, hanya acara berkenaan akan dipertandingkan di Olimpik dan pengkritik sudah mula menyoal apakah ia sehaluan dengan matlamat mengejar program ‘Road To London 2012’.
Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong bagaimanapun pantas mempertahankan apabila berhujah 18 pingat perak dimenangi di Guangzhou juga bermakna kejayaan itu hanya memerlukan usaha yang lebih sedikit saja lagi untuk diperbaikinya pada masa akan datang.

“Sudah tentu kita memberi tumpuan kepada Olimpik, tetapi kita juga tidak boleh mengabaikan pencapaian atlit di peringkat antarabangsa yang lain. Selepas Olimpik, ada sukan lain termasuk Sukan Asia yang sama pentingnya,” katanya mengenai prestasi kontinjen negara sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Bagi program ‘Road To London 2012’ yang akan dikaji semula, Zolkples yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, mereka akan memilih acara sukan yang berpotensi seperti menembak dan terjun untuk ditambah ke dalam program berkenaan.

“Terlalu awal untuk saya komen tetapi kami akan pertimbangkan sukan lain yang berpotensi menghasilkan pingat untuk masuk dalam program,” katanya yang tidak menolak kemungkinan menyenaraikan hoki berdasarkan prestasi semasa skuad negara yang memenangi perak.
“Kita akan siapkan skuad hoki bagi persiapan ke kelayakan Olimpik selepas dua kali kita gagal layak iaitu semasa di Athens dan Beijing. Kita akan bantu semua aspek yang mereka perlukan.”

Daripada segi peruntukan kewangan, Zolkples berkata, peruntukan bagi persediaan negara masih rendah berbanding kuasa besar sukan seperti China, Thailand dan Iran


B.Harian

No comments:

Post a Comment