Tuesday, November 23, 2010

Perak daripada Ibrahim


IBRAHIM tenang menujah bola pada aksi final menentang pemain Taiwan, Po-Cheng dalam acara pool 8 bola semalam.


HAJAT Ibrahim Amir untuk menghadiahkan pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou tidak kesam- paian.
Tiada siapa menyangka Ibrahim mampu mara ke final acara pool 8 bola pada temasya kali ini, namun peluangnya untuk menggenggam pingat emas dihampakan oleh pemain Taiwan, Kuo Po-Cheng dengan kiraan 4-7.

Meskipun terkilan kerana terlepas pingat emas, Ibrahim bagaimanapun masih boleh tersenyum bangga kerana dapat menyumbang pingat kepada negara, apatah lagi kilauan peraknya ini adalah yang terbaik dalam pencapaian kem Malaysia selepas hanya mampu mengutip tiga gangsa setakat ini.

"Walaupun hanya memenangi pingat perak, kejayaan ini tetap manis bagi saya.

"Semuanya adalah hasil daripada kepercayaan dan sokongan keluarga dan pihak lain yang terlibat, terutama Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia, Majlis Sukan Negara (MSN), jurulatih dan rakan-rakan seperjuangan.

"Tiada kata-kata mampu diucapkan tetapi saya agak kecewa kerana menghampa- kan ramai pihak yang mahu melihat saya menghadiahkan pingat emas pertama kepada kem negara.
"Apa pun saya akan cuba menebusnya dalam acara pool 9 bola selepas ini," kata Ibrahim selepas kejayaannya di Gimnasium Bandar Sukan Asia semalam.

Menurut Ibrahim, 49, beliau menyifatkan kegagalannya ini berpunca daripada permainan yang tidak konsisten pada awal sai- ngan, sekali gus menyaksikannya ketingga- lan 0-2 kepada lawan yang pernah menga- lahkannya pada final Kejuaraan Dunia 2010 di Dubai, Julai lalu, Po-Cheng.

Biarpun bangkit dengan kemenangan dua frame berturut-turut untuk menjadikan kedudukan 4-6, namun Po- Cheng jelas sekali berada dalam keadaan lebih selesa apabila dengan tenang memenangi frame terakhir.
"Pada awal permainan, saya gagal menyempurnakan empat bola ke dalam lubang, sekali gus menyaksikan saya ketinggalan 0-2," kata Ibrahim.

"Bagaimanapun, pada pertengahan saingan saya mula mendapat rentak yang dicari, namun nampaknya sudah terlalu lambat.
"Saya juga banyak melakukan kesilapan serta 'lambat panas'. Ini semua menjadi punca mengapa saya tewas kepada pemain Taiwan itu yang bermain dengan baik dan jarang melakukan kesilapan.
"Jadi Po-Cheng membuktikan bahawa dia memang seorang pemain yang bagus dan perlu saya tewaskan pada masa hadapan," ujarnya lagi.

Mengenai peluangnya dalam acara pool 9 bola, Ibrahim berkata: "Sebenarnya acara pool 8 bola adalah acara kegemaran saya berbanding pool 9 bola, namun saya telah kalah pada hari ini.
"Jadi saya akan cuba memenangi acara pool 9 bola esok. Saya berharap saya tidak banyak melakukan kesilapan seperti hari ini," katanya lagi.



Kosmo

No comments:

Post a Comment