SHAHIDAN (kiri) dan Mohid (kanan) melihat pingat yang diraih oleh penerjun negara, Pandelela (dua dari kiri) dan Mun Yee semalam.
MESKIPUN akur dengan kehebatan China dalam acara terjun pada Sukan Asia 2010, namun Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim tetap menganggap penerjun Malaysia telah mencapai tahap dunia.
Alasan Shahidan ialah kerana penerjun negara berada di tempat kedua dalam acara sukan subjektif itu di belakang penerjun-penerjun China yang merupakan juara Sukan Olimpik 2008 serta berstatus juara dunia.
Menurut beliau lagi, jika status China adalah sebagai juara dunia, maka status pe- nerjun Malaysia pula harus dilihat sebagai yang terbaik di Asia.
"Sebenarnya kita memang sukar untuk menandingi kehebatan China yang mempu- nyai juara Olimpik dan juara dunia dalam acara ini," kata Shahidan selepas menyaksi- kan kejayaan Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong memenangi pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal serentak wanita semalam.
"Kita juga harus berbangga kerana pener- jun kita berada di tempat kedua di belakang penerjun terbaik dunia dari China. Ini membuktikan bahawa penerjun kita juga adalah setaraf dengan penerjun dunia, cuma kalah dari segi kiraan mata yang subjektif dalam sukan ini.
"Jika penerjun China digelar sebagai juara dunia, penerjun kita pula adalah yang ter- baik di Asia," jelasnya penuh semangat.
Shahidan juga mengucapkan penghargaannya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi sokongan kepada ASUM dalam pembangunan dan program latihan skuad terjun negara di China selama ini.
Malah, Shahidan yang juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia, menyifat- kan segala sokongan yang diberikan itu akhirnya berbaloi dengan kejayaan penerjun negara pada temasya Sukan Asia ini, meskipun kegagalan memenangi emas disebabkan oleh banyak faktor lain.
"Saya mahu mengucapkan penghargaan saya terhadap MSN dan KBS kerana sanggup memberi sokongan dan kepercayaan kepada ASUM dari segi pembangunan skuad terjun negara.
"Malah dengan sokongan Ketua Setiausaha KBS yang baru, Datuk Mohid Moha- med, saya percaya suatu hari nanti segala pengorbanan kerajaan ke atas skuad terjun ini akan membuahkan hasil yang lebih bagus.
"Kita perlu mencari cara lain untuk mengatasi China. Ketika ini kita berlatih di negara mereka dan mempunyai jurulatih dari negara mereka, jadi mereka mungkin sudah tahu setakat mana aspek kehebatan dan kemampuan penerjun kita.
"Inilah sesuatu yang perlu kita fikirkan jika mahu mengalahkan China dalam acara ini dan saya pasti kita dapat mencari penye- lesaiannya jika mendapat sokongan daripada MSN dan KBS," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment