Tuesday, November 23, 2010

'Pemimpin sukan tak ambil berat'


CHONG WEI tewas kepada Lin Dan dari China pada final acara badminton perseorangan lelaki Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China kelmarin.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai program pembangunan dan latihan skuad badminton negara ekoran kekala- han Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Asia di Guangzhou, China kelmarin.
Katanya, kegagalan Chong Wei perlu diambil serius dan BAM harus mencontohi pemimpin-pemimpin persatuan sukan lain yang datang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan negara dan memberi sokongan serta motivasi kepada atlet kebangsaan.

"Kita tidak mahu ranking sukan badminton kita jatuh pada kedu- dukan yang rendah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Barisan kepimpinan BAM perlu mencontohi Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) apabila pemimpin sukan hoki negara, iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan serta memberi semangat dan motivasi kepada pasukan hoki Malaysia pada Sukan Asia Ke-16.

Kehadiran mereka memberi impak yang besar kepada skuad kebangsaan sehingga pasukan kebangsaan memperoleh keputusan seri dengan Korea Selatan dan menewaskan pasukan China, seterusnya mara ke pusingan sepa- ruh akhir.

Ketika mengulas kekalahan Chong Wei, Ahmad Shabery berkata: "Kekalahan pemain No. 1 dunia itu kepada Lin Dan dari China pada perlawanan akhir sekali gus gagal mengakhiri kemarau 40 tahun pingat emas dalam acara perseorangan."

Selain badminton, beliau juga akan mendapatkan maklumat mengenai berapa ramai pemimpin, pengurus dan ahli jawatankuasa persatuan-persatuan sukan lain yang hadir di Sukan Asia dan apakah perkara yang dilakukan oleh mereka dalam memastikan skuad kebangsaan berjaya dalam acara sukan yang disertai di sana.

Ahmad Shabery yakin atlet Malaysia dapat menyumbang beberapa pingat emas lagi dalam acara-acara sukan yang lain sama seperti yang ditunjukkan atlet kebangsaan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment