Wednesday, November 10, 2010

Contohi bola sepak: Zol

AKSI pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kiri)ketika diasak Askarrov dari Kyrgyzstan, kelmarin. Malaysia menang 2-1.
AKSI pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kiri)ketika diasak Askarrov dari Kyrgyzstan, kelmarin. Malaysia menang 2-1.
 
KEMENANGAN pasukan bola sepak negara pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Sukan Asia Guangzhou, kelmarin diharap menjadi contoh dan pembakar semangat kepada sukan lain yang akan memulakan saingan masing-masing bermula 12 November ini.

Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata pasukan negara bermain penuh semangat biarpun sebelum ini terdapat pelbagai kepincangan dengan ramai daripada pemain bimbingan K Rajagobal dilaporkan cedera.

Katanya kejayaan mengutip tiga mata penuh menewaskan Kyrgysztan 2-1 itu diharap mampu mendorong pasukan negara dalam perlawanan lebih sengit apabila bertemu Jepun, hari ini.
“Agak malang apabila kejayaan pertama negara semalam (kelmarin) tidak dapat disaksikan secara langsung peminat di tanah air.


“Namun begitu tugas pasukan negara bertambah sukar apabila kita akan bertemu Jepun yang menewaskan tuan rumah dengan jaringan besar. Ini adalah perlawanan sebenar yang perlu kita hadapi,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum berlepas bersama kontinjen negara ke Guangzhou.

Zolkples berkata kejayaan pada Sukan Asia kali ini adalah penting sebagai penutup kepada rentetan kejayaan sukan negara pada tahun ini selepas beraksi cemerlang pada Sukan Komanwel di New Delhi, baru-baru ini.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu buat kontinjen negara kerana saya percaya bidang sukan relevan bagi kita dalam mencapai wawasan dan matlamat pembangunan negara,” katanya.


 B.Harian

No comments:

Post a Comment