BIARPUN temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China hanya akan melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini, kontinjen Malaysia sudah pun menamatkan misi mereka malam tadi.
Setakat malam tadi, Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam senarai kese- luruhan pungutan pingat di bela- kang tuan rumah, China, Korea Selatan, Jepun, Iran, Kazakhstan, Taiwan, India, Uzbekistan dan Thailand.
Ia hasil kutipan sembilan pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa, sekali gus mengatasi pencapai- an pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar dengan lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa.
Skuasy menjadi penyumbang terbanyak kali ini dengan tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki (Azlan Iskandar), indi- vidu wanita (Datuk Nicol Ann David) dan berpasukan wanita.
Satu pingat perak turut disumbang skuad skuasy negara mene- rusi acara berpasukan lelaki.
Karate pula memberikan dua pingat emas iaitu menerusi acara Kata individu lelaki (Ku Jin Keat) dan 55 kilogram lelaki (R. Puvaneswaran) serta dua perak dan satu gangsa.
Boling turut menyumbang dua pingat emas menerusi acara berpasangan lelaki (Alex Liew dan Adrian Ang) dan lelaki All Events (Alex Liew), satu perak (berpasu- kan lelaki) dan satu gangsa (berpasukan wanita).
Manakala dua lagi pingat emas negara diperoleh menerusi berbasikal trek dalam acara keirin individu lelaki (Azizulhasni Awang) dan wusyu dalam acara taijiquan/taijijian individu wanita (Chai Fong Ying).
Fong Ying turut melakar seja- rah sebagai pemenang pingat emas pertama negara di Sukan Asia 2010 apabila memenanginya pada hari ketiga temasya, 15 November lalu.
Pingat pertama keseluruhan bagi kontinjen Malaysia di Guangzhou pula diraih penembak, Nur Suryani Mohamed Taibi yang memenangi pingat gangsa acara 10m Air Rifle wanita individu pada hari pertama temasya, 13 November lalu.
Acara terjun pula terpaksa akur dengan kehebatan penerjun tuan rumah, China apabila Malaysia sekadar berjaya membawa pulang empat pingat perak dan lima pingat gangsa.
No comments:
Post a Comment